Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Program Rawatan Pergigian

Hari ini, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Klinik Pergigian Mersing. Lawatan daripada Klinik Pergigian ini telah menjadi acara wajib bagi setiap tahun untuk membuat rawatan gigi khususnya bagi masyarakat pedalaman Pulau Tinggi. Hal ini kerana, masyarakat pendalaman kurang mendapat pendedahan tentang cara penjagaan gigi dengan cara yang betul, malahan, penjagaan gigi bukan sahaja untuk jangka masa yang pendek, tetapi untuk jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, masyakarat yang tinggal di Pulau Tinggi ini seharusnya merebut peluang yang telah dibuka oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (Klinik Pergigian Mersing) yang tidak pernah jemu untuk meredah lautan yang bergelora demi memberi rawatan kepada penduduk khususnya penduduk Pulau Tinggi untuk hadir ke SK Pulau Tinggi untuk menerima rawatan. Terima kasih, jumpa lagi tahun hadapan.

Lawatan dan khidmat masyarakat SMK Mersing

Pada 20 dan 21 Julai 2018, SK Pulau Tinggi telah menerima Lawatan dan khidmat masyarakat SMK Mersing. Lawatan ini daripada SMK Mersing telah disambut baik oleh En. Othman bin Taib Guru Besar SK Pulau Tinggi. Tahniah dan terima kasih daripada pihak kami kepada pihak tuan diatas segala sumbangan yang telah tuan sumbangkan kepada kami. InsyaAllah jemputlah datang lagi ke sekolah kami ini. Jasa baik tuan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Terima kasih😊😊😊

Aktiviti Kelab Rukun Negara - Rekacipta

Pada 17-18/07/2018. Kelab Rukun Negara SK Pulau Tinggi telah melaksanakan satu aktiviti mereka cipta daripada bahan terbuang. Pn. Yuziami guru kelab yang bertugas hari ini telah merancang untuk mereka sebuah bingkai gambar. Murid-murid telah diberikan maklumat tentang bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah bingkai gambar. Kemudian, murid-murid mendapat bimbingan daripada guru sepanjang proses penghasilan bingkai gambar sehingga ke proses akhir. Murid-murid begitu teruja dan seronok dapat menghasilkan sebuah bingkai gambar dengan usaha sendiri. Tunjuk cara penghasilan bingkai gambar Contoh hasil karya daripada Cikgu Yuziami Proses akhir - kemasan Proses akhir Aidil dan Nur bersama bingkai gambar mereka Hasil akhir bingkai gambar Hasil akhir bingkai gambar