Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Kejohanan Catur MSSD Mersing 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 23 April 2019 semalam, SK Pulau Tinggi telah menghantar 1 pasukan catur untuk mewakili sekolah bagi Kejohanan Catur MSSD 2019. Kejohanan telah berlangsung di SK Sri Mersing. 1 Kumpulan terdiri daripada 4 peserta. Buat pertama kalinya SK Pulau Tinggi berjaya menghantar 1 kumpulan yang cukup untuk kejohanan catur bagi tahun ini. Walaupun mereka tidak mendapat tempat pada kejohanan tersebut, mereka tetap mendapat tempat dihati guru-guru SK Pulau Tinggi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta iaitu, Nor Hayati Suhana bt Saballudin, Nur Khadijah bt Mohd Nasir, Nurul Alya Farezha bt Mohamad Nashrul Fazli dan Amylia Amelda bt Mohd Azli. Kredit kepada En. Abdul Raqib b Md Hanipah selaku guru pasukan catur SK Pulau Tinggi.

Program Kelestarian "Kempen Menanam Pokok"

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah hari ini 20 April 2019 telah berlangsungnya Program Kelestarian "Kempen Menanam Pokok" yang telah disempurnakan oleh Pn. Sallina bt Hussain, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ. Program Kunjungan Hormat PIBK: Pendidikan Kelestarian SK Pulau Tinggi bertujuan untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya tumbuh-tumbuhan terhadap bumi khususnya kepada murid-murid SK Pulau Tinggi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah disampaikan oleh pihak Puan.  Penyampaian Sumbangan Kepada murid :  Pn  Norhayatini bt Ibrahim Sumbangan duit raya oleh Cik Sarah bt Hj Azil Penyampaian cenderamata kepada NYDP PIBG dan Guru-guru SK Pulau Tinggi, oleh Pn. Muaishah bt Ahmad Penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah oleh Pn. Sallina bt Hussain Penyampaian sumbangan kepada pihak sekol