Pada 3 September 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menerima kunjungan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mersing melalui pelaksanaan Program Kunjung Bantu JPN & PPD Johor 2025. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan, pemantauan serta bimbingan kepada warga sekolah dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pencapaian akademik murid.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting dari JPN Johor, iaitu Encik Mohd Jefferin bin Saat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah; Encik Mohd Nasrul Hanif bin Mohd Noor, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah; Encik Yazid bin Saupian, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah; dan Encik Yeo Yeong Fu, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah. Turut hadir wakil daripada PPD Mersing iaitu Encik Zapriudin bin Bujang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Prasekolah & Rendah – Pengurusan Guru).
Sepanjang program berlangsung, sesi taklimat dan perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah telah diadakan. Fokus utama pertemuan adalah untuk menilai keberkesanan pengurusan sekolah, membincangkan isu-isu semasa berkaitan guru dan murid, serta merangka langkah penambahbaikan selaras dengan aspirasi pendidikan negeri Johor. Selain itu, lawatan bilik darjah turut dijalankan untuk melihat secara dekat keberkesanan PdP serta keperluan sokongan tambahan yang boleh diberikan oleh pihak JPN dan PPD.
Kehadiran pegawai-pegawai kanan daripada JPN dan PPD ini telah memberi suntikan semangat kepada guru-guru serta murid-murid di SK Pulau Tinggi. Program ini juga membuktikan komitmen tinggi pihak berwajib dalam memastikan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, khususnya di Pulau Tinggi, mendapat perhatian yang sewajarnya dari aspek sokongan, bimbingan dan pemantauan berterusan.
Secara keseluruhannya, Program Kunjung Bantu JPN & PPD Johor 2025 yang berlangsung di SK Pulau Tinggi telah mencapai objektifnya. Diharapkan program sebegini akan terus diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh lagi kualiti pendidikan serta melahirkan generasi pelajar yang lebih cemerlang dan berdaya saing.











Comments
Post a Comment