Skip to main content

Program Jom baca bersama

 Pada 23 April 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi (SK Pulau Tinggi) telah menyertai Program Jom Baca Bersama yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini merupakan inisiatif tahunan bagi menyemai budaya membaca dalam kalangan murid dan warga sekolah sejajar dengan usaha membentuk masyarakat berilmu dan berfikir kritis.

Program bermula tepat pada jam 11.00 pagi dengan pengumuman rasmi dan seruan membaca oleh pihak sekolah. Semua warga sekolah termasuk guru-guru, staf sokongan dan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti membaca serentak selama 10 minit. Murid-murid membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, dan buku ilmiah mengikut minat masing-masing.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan menyenangkan. Selain memupuk minat membaca, program ini juga bertujuan untuk mendidik murid tentang kepentingan menjadikan amalan membaca sebagai budaya harian.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pihak dan berjaya mencapai objektif utama iaitu membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga sekolah. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh murid-murid amat membanggakan dan diharapkan akan terus berkekalan.

Kesimpulannya, Program Jom Baca Bersama yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di SK Pulau Tinggi. Diharapkan program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam melahirkan generasi celik ilmu dan berpengetahuan.


















Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...