Khamis ,10 April 2025 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Pulau Tinggi. Seramai 23 orang peserta yang telah menyertai kejohanan pada pagi ini. Acara bermula dengan senamrobik yang telah diketuai oleh Encik Shahril Arimi bin Noor Azli dan Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz .Encik Muhammad Hamzi bin Esahal, PK Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah melepaskan para peserta merentas desa pada hari ini.
Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya. Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...
Comments
Post a Comment