Khamis, 17 April 2025, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah yang bertempat di SMK Tenggaroh. SK Pulau Tinggi juga telah menghantar beberapa orang atlit bagi mewakili sekolah ke kejohanan tersebut antara murid yang terpilih adalah: 1. Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir (Tahun 6) 2. Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5) 3. Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4) 4. Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3) Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada atlit SK Pulau Tinggi. Walaupun tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat. Namun semangat harus diteruskan dan perlu buat yang terbaik pada masa yang akan datang.