Khamis - 8 Ogos 2024. Hari ini merupakan hari bagi meraikan persaraan kerani yang dikasihi iaitu Puan Hasiah Binti Mat. Pihak sekolah amat terhutang budi dengan Puan Hasiah kerana kecemerlangan dan ketelitian beliau dalam melaksanakan tugasan telah banyak membantu pihak sekolah dari segala aspek kerja sepanjang beliau berkhidmat di SK Pulau Tinggi.
Kami guru-guru SK Pulau Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon ampun salah dan silap sepanjang tempoh Puan Hasiah berkhidmat bersama kami sekiranya ada di antara kami terkasar bahasa, terlanjur bicara. Semoga Puan Hasiah sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.








Comments
Post a Comment