Sabtu - 31 Ogos 2024. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kerana limpah dan kurniaNya dapatlah murid-murid pra SK Pulau Tinggi hadir ke kelas bimbingan pada hari ini dengan keadaan kelas yang amat selesa. Nikmat keselesaan yang dirasai bukan sahaja kepada murid-murid, bahkah buat guru-guru untuk mengajar dengan lebih bersemangat. Keistimewaan dan manfaat yang terdapat pada kelas bimbingan ini adalah berkat usaha dan sumbangan daripada pihak Yayasan KPRJ. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat. Jasa baik tuan dan puan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...









Comments
Post a Comment