Isnin-29 Julai 2024. SK Pulau Tinggi mengadakan 1 hari Pelaporan Bilik Darjah dimana ibu bapa telah hadir ke sekolah bagi melihat keputusan dan prestasi anak-anak mereka pada sesi penggal pertama. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir ke sekolah pada hari ini. Kehadiran pihak tuan puan pada hari ini juga merupakan salah satu sokongan moral buat anak-anak mereka untuk terus menjadi murid yang cemerlang pada masa akan datang.
Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya. Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...
Comments
Post a Comment