Skip to main content

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi.

Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan.


Pembukaan Majlis








Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia & Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia






Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Hari Guru







Penyampaian Hadiah dan Sijil Kepada Peserta Pertandingan Lalu Lintas 2024










Anugerah Khas Sambutan Hari Guru yang telah diundi oleh muri-murid SK Pulau Tinggi

Guru Inspirasi (Encik Othman Bin Taib)

Guru Paling Penyabar (Encik Ahmad Shahir Bin Shafie)


Guru Paling Penyanyang (Encik Muhamad Aizat Bin Lukman)

Guru Paling Kelakar (Encik Muhammad Hamzi Bin Esahal)

Guru Paling Tegas (Encik Muhammad Khairulzakirin Bin Mohd Yusof

Guru Paling Ceria (Puan Yuziami Binti Mohd Yusof) - Tiada Gambar

Pemenang Pakaian Guru Paling Mengikut Tema (Encik Muhamad Aizat Bin Lukman)




Encik Othman sebagai Mr Croc


Encik Ahmad Shahir sebagai Mr Deer

Encik Muhamad Aizat sebagai Abam Panda

Encik Muhammad Hamzi sebagai Papa Kodok

Encik Muhammad Khairulzakirin sebagai Rimau Pulau

Puan Yuziami sebagai Ibu Rama-rama

Persembahan Murid-murid




Acara Sukaneka





















































































lapar betul ye encik rusa kita ni :D










































Penyampaian Hadiah









Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...