Skip to main content

Program Outreach SK Pulau Tinggi Anjuran Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

Isnin, 13 Mei 2024. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (PPD) dan Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu. Tujuan kehadiran mereka adalah untuk melaksanakan Program Outreach selama 2 hari 1 malam di SK Pulau Tinggi.

Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran para tetamu pada hari ini. Hal ini kerana, dengan adanya program seperti ini, kita dapat melihat dan mencungkil bakat anak-anak pulau dalam bidang sukan. Malahan, jurulatih-jurulatih yang hebat daripada SSTMI ini bukan sahaja memberi tunjuk ajar kepada anak-anak murid, bahkan kepada guru-guru sukan di SK Pulau Tinggi dan SK Pulau Sibu dalam mengajar teknik atau kemahiran dalam sukan dengan cara yang betul dan berkesan.

Semoga dengan adanya jalinan yang telah terhubung pada hari ini dapatlah kita teruskan pada masa yang akan datang. Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak tuan  memilih sekolah kami yang serba kekurangan ini sebagai lokasi menjalankan program ini. Pihak sekolah memohon ampun sekirannya sepanjang keberadaan pihak tuan dikawasan kami adanya kekurangan dan perkara yang membuatkan pihak tuan tidak selesa.


Ketibaan para tetamu






Majlis Perasmian Program Outreach













Berat dan tinggi











Aktiviti bersama Jurulatih SSTMI


































































Senaman aerobik












Majlis Penutup dan Penyerahan Alatan Sukan Kepada SK Pulau Tinggi & SK Pulau Sibu





















Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...