Assalamualaikum dan salam sejahtera
![]() |
21 April 2024. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan (Pergigian ) Negeri Johor, Pejabat Kesihatan Mersing, Pejabat Daerah Mersing dan Southern Lion Sdn. Bhd. Antara tujuan rombongan ini adalah untuk menyempurnakan Program Gigi Sihat , Nafas Segar & Senyum Lawo di Pulau Tinggi.
Program pada hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Dr. Noormi Binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia. Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi turut mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang sudi hadir pada hari ini.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya adalah pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan, tapak pameran, demonstrasi cara menggosok gigi dan sebagainya. Masyarakat Pulau Tinggi juga turut hadir bagi menyertai pemeriksaan kesihatan yang dijalankan.
Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan tahniah diatas penganjuran program ini. Semoga program seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan buat Jabatan Kesihatan (Pergigian) Negeri Johor di bumi Pulau Tinggi ini.
Ketibaan Dr. Noormi Binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia berserta ahli rombongan
Majlis Perasmian
Gimik Perasmian
Penyampai hadiah dan cenderahati
| Mohamad Arash Amsyar - Pemengan Gigi Tercantik Tahap 2 |
| Harraz Anaqi - Pemenang Gigi Tercantik Tahap 1 |
Aktiviti-aktiviti sepanjang program berlangsung

Comments
Post a Comment