Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya dapatlah kita bersama-sama bagi menjayakan penutup segala acara majlis pada hari ini iaitu , Majlis Anugerah Kecemerlangan, Penghargaan Perkhidmatan, Perpisahan Murid Tahun 6, Pelaporan Prestasi Murid Sesi 2023/2024.
Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi telah merasmikan majlis pada hari ini. Turut hadir Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Roslan bin Wahid serta para ibu bapa dan penjaga bagi sama-sama meraikan kejayaan anak-anak murid SK Pulau Tinggi sepanjang sesi 2023 hingga 2024.
Tujuan majlis pada hari ini dijalankan adalah untuk menzahirkan rasa penghargaan kepada warga SK Pulau Tinggi yang telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh bagi sesi 2023 dan 2024. Tidak lupa juga ucapan selamat tinggal kepada murid tahun 6 yang bakal meninggalkan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi tidak lama lagi. Semoga murid-murid tahun 6 akan terus melakar kejayaan diperingkat sekolah menengah.
Bacaan doa oleh saudari Nur Qaleesya Syafiah
Penjaga Meja Pendaftaran
Nyanyian 3 buah lagu : Lagu Bangsa Johor, Negaraku & Lagu SK Pulau Tinggi
Persembahan Tarian Zapin oleh Murid-murid SK Pulau Tinggi
Persembahan Tarian ini telah dibimbing oleh ibu bapa murid-murid SK Pulau Tinggi
Ucapan Alu-aluan dan Perasmian oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib
Penghargaan kepada murid-murid yang disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK 1 SK Pulau Tinggi.
Murid Tahun 1
Muhammad Ammar Firdaus
Muhammad Haziq Aiman
Muhammad Saifullah
Nur Rania Raisyah
Murid Tahun 2
Mohamad Aidil Zakuan
Muhammad Mikail Safuan
Nur Afina Athirah
Murid Tahun 3
Mohamad Ridhuan Shah
Muhammad Ammar Raiqal
Putri Nur Hidayah
Murid Tahun 4
Ahmad Faiz
Nur Aliesya
Nurul Umairah Batrisya
Murid Tahun 5
Mohamad Arash Amsyar
Nur Hidayah
Nur Syafawati Zahirah
Putri Ummairah
Murid Tahun 6
Nur Mieya Soffia
Nur Qaleesya Syafiah
Penghargaan Kepada Guru-guru SK Pulau Tinggi yang disampaikan oleh Encik Roslan bin Wahid, NYDP PIBG
Encik Othman bin Taib, Guru Besar
Encik Ahmad Shahir bin Shafie , GPK 1
Encik Muhammad Hamzi bin Esahal , GPK Kokurikulum
Encik Muhammad Khairulzakirin bin Mohd Yusof
Penghargaan Kepada Pekerja Sokongan SK Pulau Tinggi
Encik Mohd Basri bin Bakil
Puan Hafizah Anisa binti Shahardan
Encik Johan bin Othman
Encik Zan bin Othman
Encik Sata bin Abd Ghani
Encik Amirul bin Johan
Encik Abdul Murat bin Ali
Penyampaian Penghargaan kepada Pengawas Sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar
Putri Ummairah , Penolong Ketua Pengawas
Nur Mieya Soffia , Ketua Pengawas
Nur Qaleesya Syafiah , Ketua Pengawas Pusat Sumber
Nur Syafawati Zahirah, Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber
Nur Aliesya, Pengawas Pusat Sumber
Penyampaian Anugerah bagi pencapaian terbaik sesi 2023/2024
Kehadiran Terbaik
Nurul Umairah Batrisya
Sahsiah Terbaik
Putri Nur Hidayah
Terbaik Nilam
Nur Mieya Soffia
Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Nur Mieya Soffia
Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
Nur Mieya Soffia
Terbaik Mata Pelajaran Matematik
Putri Ummairah
Terbaik Mata Pelajara Sains
Ahmad Faiz
Terbaik Unit Beruniform
Nur Mieya Soffia
Terbaik Sukan
Mohamad Arash Amsyar
Terbaik Kelab dan Persatuan
Nur Mieya Soffia
Anugerah Tokoh Guru Besar
Nur Mieya Soffia
Majlis Perpisahan Murid Tahun 6
Ucapan murid Tahun 6 Nur Mieya Soffia dan Nur Qaleesya Syafiah
Jamuan makan
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Pulau Tinggi yang sudi memberi sumbangan makanan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
Cabutan Nombor Bertuah
Pelaporan PBD , PAJSK
Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Sebelum kami melabuhkan tirai, dengan ini kami warga SK Pulau Tinggi menyusun sepuluh jari sekiranya sepanjang sesi persekolahan 2023/2024 ada antara kami yang telah membuat silap dan salah. Semoga kita bertemu lagi pada sesi 2024/2025 insyaAllah.
Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...
Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya. Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...
RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang. Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah
Keep up the great work, I enjoyed your post.
ReplyDelete