Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar SK Pulau Tinggi ke Putrajaya & Kuala Lumpur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 25 hingga 27 Januari 2024 yang lalu. SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa guru-guru hadapi sebelum terlaksananya lawatan pada kali ini. Antaranya adalah kutipan dana lawatan yang tidak mencukupi. SK Pulau Tinggi tidak berjaya mendapatkan mana-mana tajaan daripada pihak luar. Namun begitu tidak sedikit pun mematahkan semangat guru-guru untuk terus menjayakan program lawatan pada kali ini. Hal ini kerana, tujuan lawatan ini diadakan untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid SK Pulau Tinggi dengan persekitaran baru yang lebih moden berbanding di Pulau Tinggi ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi mengeluarkan duit poket sendiri bagi menambahkan hasil kutipan dana ini dan secara langsungnya dapat menjayakan program lawatan ini.

Antara kawasan yang dikunjungi semasa lawatan selama 3 hari 2 malam ini adalah :

(Hari Pertama)

Masjid Putra Putrajaya ( murid-murid dapat melihat keindahan seni bina yang terdapat pada Masjid Putra )





Balai Bomba presint 14 Putrajaya

(Murid-murid dapat mengetahui selok belok bidang kerja Pegawai Bomba dan Penyelamat, seterusnya merasai pengalaman menaiki lori bomba dan menembak air menggunakan paip bomba.)











Taman Botani Putrajaya





Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

(Menunaikan solat Johor Asar)




IOI Mall Putrajaya

(Murid-murid dapat merasai pengalaman bermain ice skating )








Homestay yang kami tinggal selama 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur


Hari Kedua

Zoo Negara 

(Murid-murid dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang ada di Zoo Negara)






































Muzium Negara

(Murid dapat mempelajari sejarah-sejarah lama di Malaysia)













Menuju ke KL Sentral

(Murid-murid dapat merasai pengalaman manaiki LRT dari KL Sentral ke KLCC)















KLCC

(Murid-murid dapat melihat sendiri menara KLCC yang tersergam indah )






Hari ketiga

Pusat Sains Negara

(Murid-murid dapat mempelajari banyak ilmu berkaitan dengan Sains)
































Farm Fresh Seri Kembangan

(Murid-murid dapat mempelajari bagaimana proses menghasilkan susu yang berkualiti di ladang Farm Fresh)























Perjalanan pulang dan tiba di Mersing pada jam 12.39 malam



Perjalanan masuk ke Pulau














Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...