Skip to main content

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Daerah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

20 Ogos 2023. SK Pulau Tinggi telah menyertai satu Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Daerah, Anjuran Ratna Campsite, SK Felda Tenggaroh 3, Mersing. Pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid yang terpilih bagi mengikuti perkhemahan ini yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Iaitu Nur Mieya Soffia binti Abdullah, Tahun 6 dan Putri Ummairah binti Mohamad Noor, Tahun 5. Tujuan pihak sekolah menyertai perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru yang menyeronokkan buat murid-murid SK Pulau Tinggi. Pengalaman yang telah mereka lalui selama 3 hari 2 malam ini juga dapat mereka kongsikan bersama rakan-rakan mereka di Pulau Tinggi.

Pelbagai aktiviti yang sangat menarik telah mereka lalui, antaranya seperti aktiviti masakan rimba, bantu mula, ikatan dan simpulan, persembahan malam kebudayaaan dan macam-macam lagi. Selain itu, para peserta perkhemahan dapat meningkatkan lagi disiplin mereka dari segi menepati masa yang sangat baik diamalkan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur SK Felda Tenggaroh 3,  diatas kesudian menjemput kami menyertai perkhemahan pada kali ini. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan sampai bila-bila insyaAllah. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada 2 orang murid yang terpilih kerana berjaya menempuhi perkhemahan ini dari hari pertama hingga ke penutup acara dengan penuh bersemangat.






Hari Pertama




















hari kedua










hari ketiga (penutup)











Nur Mieya Soffia mendapat sijil Penilaian Pencapaian kerana mendapat tempat kelima dalam kumpulan daripada 17 kumpulan


Putri Ummairah mendapat sijil Penilaian Pencapaian kerana mendapat tempat ketiga dalam kumpulan daripada 17 kumpulan












Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...