Skip to main content

Kejohanan Olahraga MSSD 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....

31 Julai 2023, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Mersing di SMK Anjung Batu, Mersing. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari, iaitu bermula pada 31 Julai dan melabuhkan tirainya pada 3 Ogos 2023. SK Pulau Tinggi turut tidak melepaskan peluang untuk menghantar penyertaan ke kejohanan pada kali ini. Antara acara yang telah disertai oleh para atlet SK Pulau Tinggi adalah acara 100 meter, 200 meter , lompat tinggi dan lontar peluru. Seramai 4 orang atlet dan 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam kejohanan pada kali ini. Antara atlet yang terlibat adalah:

Nur Mieya Soffia bt Abdullah (Lontar Peluru)

Nur Qaleesya syafiah bt Muhamad Akmal (200 meter / 100 meter)

Nur Syafawati Zahirah bt Abdullah (Lompat Tinggi / 100 meter)

Mohamad Arash Amsyar bin Ismail (Lompat Tinggi / 100 meter)

Walaupun para atlet SK Pulau Tinggi tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat dalam kejohanan pada kali ini. Pihak sekolah tetap memberi pujian kepada para atlet kerana telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap acara yang telah mereka sertai. Mereka juga turut mempelajari sesuatu yang baharu bahawa dunia di luar Pulau Tinggi lebih kuat saingannya. Oleh yang demikian diharapkan para atlet kita akan terus meningkatkan kebolehan dan prestasi mereka agar pada masa akan datang SK Pulau Tinggi berjaya membawa pulang pingat ke Pulau Tinggi.



















Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...