Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
16 Mei 2023. SK Pulau Tinggi sempat lagi menganjurkan Majlis Marhaban Raya di bulan Syawal yang berbaki beberapa hari sahaja lagi. Majlis pada kali ini menjemput semua penduduk Pulau Tinggi untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis. Alhamdulillah sambutan dan kehadiran daripada penduduk Pulau Tinggi amat menggalakkan. Turut hadir ke majlis pada hari ini adalah Encik Rahaman bin Ali, YDP PIBG, merangkap Ketua Kampung Pulau Tinggi.
Majlis dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. yang diketuai oleh Encik Basri bin Bakil, Imam Masjid Pulau Tinggi. Seterusnya bacaan doa dan jamuan. Majlis pada hari ini juga turut meriah dengan persembahan murid-murid SK Pulau Tinggi dengan membawa lagu-lagu raya yang pelbagai genre.
Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Marhaban Raya pada hari ini. Mohon ampun salah dan silap sepanjang kami warga SK Pulau Tinggi berada di bumi Pulau Tinggi ini.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...


.jpg)


.jpg)




.jpg)




















Comments
Post a Comment