Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ini Jumaat 5 Mei, sedang berlangsungnya Lawatan NUTP Cawangan Negeri Johor dan Penyerahan Sumbangan Android TV ke SK Pulau Tinggi. Rombongan hari ini telah disambut mesra oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib. Seramai lebih 30 orang yang telah menyertai lawatan pada kali ini, iaitu terdiri daripada Pengarah Pendidikan Daerah Mersing, Pengerusi NUTP dan Guru-guru PPKI Negeri Johor. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi penerangan berkenaan NUTP dan menyampaikan sumbangan 2 buah android TV berjenama Sharp bagi kegunaan PDP.
Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian pihak NUTP cawangan Negeri Johor yang telah memilih SK Pulau Tinggi sebagai tempat kunjungan pada kali ini. Penyampaian sumbangan android TV telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Saiful bin Atan, Pengarah Pendidikan Daerah Mersing dan Tuan Mohd. Bakhtiar bin Basir, Pengerusi NUTP Johor.




.jpg)































Comments
Post a Comment