Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah hampir 2 bulan rumah guru di SK Pulau Tinggi tidak mendapat sumber air yang berterusan. Hari ini guru-guru telah meminta tolong beberapa orang kampung untuk bersama-sama mendaki bukit Pulau Tinggi untuk mengenalpasti punca sumber air yang tersekat. Ketiadaan air yang memakan masa hampir 2 bulan membuatkan guru-guru berasa tidak selesa kerana terpaksa mencatu penggunaan air dan membawa bekalan air dari tanah besar dengan banyak. Walau bagaimanapun, kami guru-guru tetap terus bersemangat untuk sentiasa berada di Pulau Tinggi demi melaksanakan amanah dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak Pulau Tinggi.
Kami pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung kerana sudi membantu kami dalam menyelesaikan masalah air di rumah guru kami. Jasa baik pihak tuan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
Comments
Post a Comment