Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Tinggi 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pada 14 dan 15 Oktober 2022. Warga Pulau Tinggi telah bersama-sama meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pulau Tinggi. Tujuan sambutan ini diadakan untuk menunjukkan kasih dan cinta kita buat Nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. 

Sambutan pada kali ini merupakan majlis yang terbesar bagi penduduk Pulau Tinggi selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Setiap tahun Pulau Tinggi akan menyambut sambutan Maulidur Rasul selama dua hari. Hal ini kerana, pada hari pertama warga Pulau Tinggi akan bersama-sama bergotong-royong bagi membuat persiapan majlis sehingga hari kemuncaknya pada hari yang kedua.

Tetamu jemputan pada kali ini telah dihadiri oleh Yang dihormati Tuan Hj Saiful bin Atan, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing. Tuan Hj Khairudin bin Salimin, Kadi Daerah Mersing. Ustaz Mohd Sofian bin Adam, Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing.

Keunikannya sambutan Maulidur Rasul pada kali ini ialah, penduduk kampung sendiri telah memberi sumbangan berupa barangan bagi memeriahkan lagi acara cabutan nombor bertuah.

Terdapat juga pelbagai acara dan pertandingan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Antara pertandingannya ialah:

1. Mewarna

2. Tulisan Khat

3. Tukar Rumi kepad Jawi

4. Kuiz Maulidur Rasul

5. Hafazan dewasa

6. Hafazan kanak-kanak

7. Azan dewasa

8. Azan kanak-kanak

9. Busana muslimin / muslimah

10. Gubahan Sirih Junjung

11. Gubahan Kain

12. Cabutan Nombor Bertuah


Aktiviti rewang







Pertandingan Mewarna / Kuiz / Tukar Rumi kepada Jawi / Tulisan Khat



Perarakan Selawat Nabi








Ucapan Pengerusi Masjid Encik Rahaman bin Ali




Bacaan Al-Quran dan Terjemahan (En. Mohd Amirul bin Johan dan En. Basri bin Bakil)




Berzanji (En. Rahaman bin Ali, En. Mohd Bakhtiar bin Basir dan Ibrahim bin Mohd Bakhtiar)




Ucapan Perasmian oleh Tuan Hj Saiful bin Atan, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing


Persembahan Nasyid murid-murid SK Pulau Tinggi









Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Tuan Hj Khairudin bin Salimin





Pertandingan Busana



































Penyampaian Hadiah





































Cabutan Nombor Bertuah












































































Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid