Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jumaat_ 7 Oktober 2022, SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan dari guru-guru SK Kem Iskandar, Mersing. Rombongan ini bertujuan untuk melaksanakan "Program Penanda Arasan SK Kem Iskandar bersama SK Pulau Tinggi". Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi, menyambut baik kehadiran guru-guru dari SKKI. Semoga dengan perkongsian idea dan pendapat sepanjang program berlangsung dapatlah dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak bagi mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana diatas kesudian pihak SKKI memilih SK Pulau Tinggi sebagai lokasi penanda aras pada kali ini. Sekian , terima kasih.



















Comments
Post a Comment