Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari Isnin, 4 Julai 2022 telah berlangsungnya Kejohanan Catur Peringkat Daerah Mersing. Kejohanan Catur telah berlangsung di Dewan Al-Azhar PPD Mersing bermula seawal jam 8.30 pagi. SK Pulau Tinggi telah menghantar 1 pasukan catur yang terdiri daripada 4 orang ahli iaitu:
1. Nurul Alya Farezha bt Mohamad Nashrul Fazli dari Tahun 6.
2. Nur Mieya Soffia bt Abdullah dari Tahun 5.
3. Nur Qaleesya Syafiah bt Muhamad Akmal dari Tahun 5
4. Putri Ummairah bt Muhamad Noor dari Tahun 4.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana telah menunjukkan kesungguhan semasa kejohanan sedang berlangsung. Walaupun tidak berjaya mendapat TOP 10 dalam kejohanan pada kali ini. Namun begitu diharapkan semua peserta kejohanan pada kali ini tidak mudah mengalah dan akan buat yang terbaik pada masa akan datang. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi buat Encik Rahaman bin Ali YDP PIBG dan isterinya Puan Rossana bt Hussin kerana telah menyediakan pengangkutan bot untuk keluar dari Pulau Tinggi ke Jeti Tanjung Leman.
Berikut adalah kedudukan murid SKPT dalam Kejohanan Catur MSSD:
1. Nurul Alya Farezha bt Mohamad Nashrul Fazli = 32
2. Nur Mieya Soffia bt Abdullah = 47
3. Nur Qaleesya bt Muhamad Akmal = 59
4. Putri Ummairah bt Muhamad Noor = 62
Perjalanan menuju ke Jeti Tg Leman.























Comments
Post a Comment