Skip to main content

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini 23 Jun 2022 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD. Tuan rumah kejohanan pada kali ini adalah Sekolah Rendah Agama Bersekutu (SRAB). Seramai 134 peserta daripada kategori perempuan bawah 12 tahun dan seramai 133 bagi kategori lelaki bawah 12 tahun. SK Pulau Tinggi (SKPT) juga tidak melepaskan peluang dan turut serta mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini. 

SKPT telah menghantar 8 orang peserta iaitu :

Kategori Perempuan bawah 12 tahun.

Nur Qaleesya Syafiah bt Muhamad Akmal dari Tahun 5 Arif, 

Putri Ummairah bt Muhamad Noor dari Tahun 4 Arif,

Nur Syafawati Zahirah bt Abdullah dari Tahun 4 Arif,

Nur Hidayah bt Zurinin dari Tahun 4 Arif.


Kategori Lelaki bawah 12 tahun.

Muhammad Irfan Syafi b Abdullah dari Tahun 6 Arif

Muhammad Ariff Ikhwan b Alesam dari Tahun 6 Arif

Mohamad Arash Amsyar b Ismail dari Tahun 4 Arif

Ahmad Faiz b Ahmad Shahir dari Tahun 3 Arif


Walaupun mereka tidak berjaya mendapat tempat dalam kejohanan pada kali ini. Tetapi mereka telah memperoleh pengalaman yang begitu berharga. Hal ini kerana, kelapan-lapan peserta yang menyertai kejohanan ini merupakan penglibatan kali petama mereka dalam peringkat daerah. Semoga dengan adanya pengalaman seperti ini, dapatlah mereka memperbaiki dan akan buat yang terbaik dalam kejohanan merentas desa MSSD pada masa akan datang. Semoga murid-murid SKPT akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang!!!.

Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa peserta yang telah memberikan kerjasama yang baik dari awal perancangan sehinggalah tamatnya Kejohanan Merentas Desa MSSD 2022. Tidak lupa juga kepada Encik Rahaman b Ali, YDP PIBG SK Pulau Tinggi, merangkap Ketua Kampung Pulau Tinggi beserta isterinya Puan Rossana bt Hussin kerana beliau telah banyak menyumbang bagi menjayakan penyertaan murid dalam kejohanan pada kali ini. Hanya Tuhan sahaja yang mempu membalas jasa baik tuan dan puan semua....

sekian...

KEEP IT UP

DONT GIVE UP!!!!















































































































Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...