Skip to main content

Lawatan Kerja Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor ke Sekolah-sekolah Pulau Daerah Mersing

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pertama sekali kita panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya kita masih lagi berdiri dan hidup harmoni diatas bumi yang indah ini. Jadi dengan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakan-rakan, sahabat handai dan sedara mara kita yang kini berada dalam zon merah akibat pandemic covid-19 ini agar sentiasa dilindungi dan dijauhi segala bala bencana yang melanda pada hari ini.

Alhamdulillah, selesai sudah program Lawatan Kerja Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada kali ini. Walaupun cuaca di Pulau Tinggi sedikit hujan, namun begitu tidak sedikit pun mematahkan semangat tuan pengarah berserta rombongan untuk meneruskan program ini sehingga ke akhir acara.

Guru Besar SK Pulau Tinggi, Encik Othman bin Taib, amat mengalu-alukan kehadiran Tuan Shaharuddin bin Saari, Pengarah Pendidikan Johor berserta rombonganya datang melawat ke Pulau Tinggi. Rombongan tuan pengarah tiba di Pulau Tinggi pada jam 12.30 tengah hari. Rombongan tuan pengarah disambut mesra oleh Guru Besar SKPT dan YDP PIBG, Encik Rahaman bin Ali. Lawatan ini mengambil masa selama 2 hari dan menginap di Chalet Tok Mok.

Sebaik sahaja tiba di Pulau Tinggi, rombongan tuan pengarah terus menuju ke rumah ibu bapa murid SK Pulau Tinggi bagi melaksanakan program yang dinamakan Ziarah Cakna. Program ini bertujuan untuk mengambil tahu segala masalah dan kekangan yang dihadapi oleh keluarga murid khususnya dalam bidang pendidikan. Kemudian, program diteruskan pada hari kedua iaitu lawatan ke Sekolah Pulau Tinggi. Tuan pengarah dapat melihat sendiri infrastruktur  dan kemudahan yang terdapat di sekolah pedalaman 3, seperti bilik darjah, perpustakaan, bilik akses dan sebagainya.

Akhir sekali, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas Lawatan Kerja Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan tidak lupa juga kepada wakil PPD Mersing iaitu Tuan Azamani bin Ghazali, Tuan Wan Nadzri bin Wan A Rahman, Tuan Mohd Fakarudin bin Hussain berserta rombongannya. Di harapkan segala perkongsian yang berlaku pada hari ini dapat kami manfaatkan demi kesejahteraan pendidikan anak-anak khususnya di Pulau Tinggi ini. Sekiranya terdapat kekurangan sewaktu kunjungan tuan ke Pulau Tinggi ini, kami memohon ampun salah silap dan akan kami perbaiki pada masa akan datang.

Jika ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi.

Jika ada umur yang panjang;

InsyaAllah lain masa kita jumpa lagi.






Ziarah Cakna di rumah Encik Mohd Nasir


Ziarah Cakna di rumah Encik Mohd Noor



Lawatan ke bangunan sekolah


Pusat Sumber SKPT

Bilik Buku Teks

Bilik Guru SKPT

Bilik Mesyuarat

Pejabat


Sudut Memori

Bilik Darjah



Pusat Akses

Penjaga Pintu

Sudut Anti Dadah

Bilik Bimbingan



Bilik Isolasi

Makmal Sains




 
 














 






Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...