Pada 2 dan 6 November yang lalu. Guru-guru SKPT telah bersama-sama mendaki bukit Pulau Tinggi bagi tujuan membersihkan kawasan tadahan air untuk kegunaan masyarakat Pulau Tinggi. Pendakian pada 2 November telah diketuai oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Pendakian pada kali ini memakan masa selama 2 jam 30 minit.
Pada 6 November pula. Guru-guru telah bersama-sama penduduk Pulau Tinggi untuk mendaki sekali lagi dengan tujuan yang sama iaitu untuk membersihkan kawasan tadahan air. Hal ini kerana hujan yang lebat telah membuatkan tadahan air di atas bukit tersumbat. Seramai 5 orang guru dan 5 orang penduduk kampung telah bersama-sama menyertai pendakian pada kali ini. Penduduk kampung diketuai oleh Encik Johan dan diikuti oleh Encik Zan, Encik Rizi, Encik Alif dan Encik Hanafi.
Pendakian pada 2 November 2020
Pendakian pada 6 November 2020

















Comments
Post a Comment