Skip to main content

Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 63 Tahun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah program sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini. Walaupun disambut secara sederhana, tetapi masih tetap meriah. Pertama sekali pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu pihak sekolah dalam menjayakan sambutan kemerdekaan pada tahun ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sumbang daripada pihak ibu bapa dari segi sumbangan tenaga, makanan dan emosi kepada anak-anak amatlah kami hargai.

Sambutan pada kali ini bermula pada 25 Ogos yang lalu dan berakhir pada 15 September. Antara pertandingan dan aktiviti yang telah dijalankan adalah:


Pertandingan Mewarna Tahap 1 (6 September)












Pertandingan Melukis Poster (6 September)















E-Kuiz (8 September)













Pertandingan Boling (8 September)








Pertandingan E-Puzzle (13 September)























Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (13 September)






















Pertandingan Lagu Patriotik (14 September)




























Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah (15 September)


































Bagi sesi penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib dan Dr. Azianti binti Ismail , Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Akhir kata, pihak sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini. Kepada semua murid yang tidak berjaya, jangan mudah berputus asa. InsyaAllah tahun hadapan buat yang lebih baik lagi.

sekian, terima kasih...


Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)

Perkhemahan Pengakap SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 15 November 2023 telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah, Anjuran Unit Ko Kurikulum SK Pulau Tinggi. Perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi dan akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 15 November dan tamat pada 17 November 2023. Seramai 11 orang murid yang telah mendaftar bagi menyertai perkhemahan pada kali ini, iaitu terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.  Alhamdulillah, perkhemahan pada kali ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu ibu yang sudi hadir membantu guru-guru dalam menyediakan makanan kepada para peserta perkhemahan. Persiapan tapak perkhemahan LDK 1 Ikatan dan simpulan LDK 2 Membina Gajet LDK 3 Masakan Rimba Sekalung Penghargaan buat ibu ibu yang hadir menyediakan makanan buat peserta perkhemahan Makan malam LDK 4 : Kraftangan Solat Maghrib