Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Seperti yang anda sedia maklum... dunia pada hari ini telah melalui cabaran baharu yang mungkin mejadi sebuah sejarah dan pengalaman kepada diri kita.... Serangan penyakit Covid-19 yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar telah mengejutkan kita semua dengan angka kematian yang begitu tinggi dalam sesetengah buah negara. Namun begitu, negara kita juga turut merasai tempiasnya.
Bermula dari bulan mac. Kerajaan telah melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang telah berlangsung selama hampir 3 bulan perlaksanaannya. Oleh hal yang demikian, semua premis kerajaan terpaksa ditutup termasuk juga sekolah. Guru-guru dan murid-murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan berkurung dirumah sehinggalah wabak penyakit ini dapat dihapuskan. Dalam tempoh itu juga, guru-guru telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
Ini menjadi pengalaman yang berharga dan pahit untuk kita telan. Namun kita kena akur dengan perintah kerajaan agar wabak penyakit ini dapat dihentikan dengan sepenuhnya. Oleh itu, pelbagai arahan telah diturunkan oleh pihak kerajaan antaranya tentang penerangan persediaan sebelum buka sekolah.
Setiap guru besar telah diarahkan untuk menyampaikan penerangan dan amanat kepada semua guru-guru dan pekerja swasta. Oleh itu, segala maklumat dalam penerangan tersebut dapat membantu guru-guru dan pekerja swasta untuk mengkuti segala langkah-langkah keselamatan bagi mencegah penyakit covid-19. Semoga kita semua terlindung dengan segala bala bencana dan penyakit yang berbahaya.
#kitajagakita
#stayathome












Comments
Post a Comment