Skip to main content

Pelancaran Program Jom Dengo JohorFM 55 tahun di Pulau Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama sekali pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JohorFM kerana telah memilih Pulau Tinggi sebagai pentas Pelancaran Program Jom Dengo JohorFM 55 yang telah bermula pada 28 Februari dan berakhir pada hari ini 1 Mac 2020. Antara manfaat daripada program ini adalah, secara tidak langsung JohorFM telah membantu mempromosi Pulau Tinggi kepada dunia luar tentang keindahan dan keseronokan yang terdapat di Pulau Tinggi. Selain itu, warga Pulau Tinggi dapat mewujudkan suasana yang sihat dengan mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama masyarakat ditanah besar atau darat. Kami telah bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur seperti sukaneka dengan meriahnya. Malahan warga Pulau Tinggi juga turut turun padang bergotong-royong menyediakan jamuan kepada para tetamu yang hadir.

Pelancaran Program Jom Dengo JohorFM ini telah membantu dari segi sumber pendapatan masyarakat Pulau Tinggi. Hal ini kerana, masyarakat telah diberikan galakkan untuk berniaga sepanjang perjalanan program. Malahan, murid-murid SKPT secara tidak langsung dapat mengaplikasikan elemen merentas kurikulum iaitu nilai keusahawanan dalam diri mereka semasa urusan perniagaan berlaku.

Selain itu, warga Pulau Tinggi turut menimba ilmu tentang hebatnya sebuah pulau yang diciptakan oleh Allah S.W.T. melalui ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang dibawa khas oleh JohorFM sendiri iaitu Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak. Antara tarikan lain adalah, JohorFM telah membawa artis-artis ternama bagi memeriahkan lagi "Showcase JohorFM 55" seperti Ameng Spring, Ayai Ilusi, Wany Hasrita, Tajul, Elda dan Melati. Untuk Makluman, ini merupakan konsert pertama di Pulau Tinggi. Tidak lupa juga kepada DJ radio JohorFM dan PerakFM yang sangat "havoc"kerana tanpa mereka tiada serilah program ini. Tahniah dan syabas kepada pihak JohorFM diatas penganjuran program ini.

Akhir kata, kami mewakili warga Pulau Tinggi menyusun jari memohon ampun salah silap dan segala kekurangan sepanjang pihak tuan berada dan berkampung di Pulau Tinggi. Semoga tuan-tuan jangan pernah serik untuk datang ke Pulau Tinggi. 




ACARA SUKANEKA









MAJLIS PELANCARAN JOM DENGO JOHORFM 55



PELANCARAN PROJEK KOLABORASI UITM PASIR GUDANG BERSAMA PEJABAT DAERAH MERSING MAJLIS DAERAH  MERSING






PROSES MENURUNKAN TUKUN BERSAMA TEAM SCUBA JOHORFM DAN PASUKAN MARITIM




GURU BESAR SK PULAU TINGGI MEWUJUDKAN KERJASAMA BERSAMA-SAMA PENSYARAH DARIPADA UITM PASIR GUDANG.



CERAMAH AGAMA DARIPADA USTAZ HANAFIAH BIN ABDUL RAZAK




"SHOWCASE" JOHORFM 55 DI SK PULAU TINGGI BERSAMA ARTIS-ARTIS HEBAT NEGARA







CIKGU AIZAT BERTEMU JODOH

RAKAMAN "SHOWCASE" RAYA BERSAMA JOHORFM






Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...