Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah semalam 3 Mac telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pulau Tinggi yang bertempat di kantin sekolah. Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan selain pelantikan AJK, sememangnya akan membincangkan tentang hala tuju sekolah khususnya dari segi pendidikan. Terlebih dahulu pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga yang sudi menghadirkan diri bagi bersama-sama berbincang tentang hala tuju dan masalah di sekolah. Pihak sekolah amat terharu dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa bagi menjayakan mesyuarat PIBG pada kali ini.
Mesyuarat Agung PIBG telah dirasmikan oleh Puan Rossana binti Hussin , selaku Ketua Kampung Pulau Tinggi. Berikut adalah senarai AJK yang telah dilantik dalam mesyuarat pada kali ini:
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
PENASIHAT : En. Othman bin Taib (GB SKPT)
YDP : En. Rahaman bin Ali
NAIB YDP : En. Mohamad Nashrul Fazli bin Mohd Nasir
SETIAUSAHA : En. Muhammad Khairulzakirin bin Mohd Yusof
BENDAHARI : En. Abdul Raqib bin Md Hanipah
AJK GURU:
1. En. Ahmad Shahir bin Shafie
2. En. Muhamad Aizat bin Lukman
3. En. Muhammad Hamzi bin Esahal
AJK IBU BAPA:
1. Pn. Siti Fatimah binti Md Rassan
2. En. Muhamad Noor bin Jamaludin
3. En. Heirodi bin Shahardan
4. En. Mohd Abby Razali bin Mohd Nasir
JURU AUDIT DALAMAN (GURU)
1. Pn. Yuziami binti Mohd Yusof
Akhir kata, diharapkan segala keputusan yang telah dibuat sepanjang mesyuarat dapatlah kita patuhi dengan amanah. Semoga usaha kita bersama guru-guru, ibu bapa dan Komuniti Pulau Tinggi dapat membuahkan hasil yang baik buat sekolah khususnya kepada murid-murid SK Pulau Tinggi. Dan ucapan terima kasih kepada Komuniti Pulau Tinggi yang telah menyumbangkan makanan dan minuman untuk jamuan itu. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan dan puan.






















Comments
Post a Comment