Skip to main content

Majlis Pelancaran Program Jom Datang ke Sekolah & Program Mentor Mentee 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pelbagai dugaan dan cabaran guru-guru SKPT untuk melaksanakan program ini. Guru-guru terpaksa meredah ombak yang kuat semalam (Sabtu) untuk memastikan program yang telah dirancang pada hari ini tetap dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Dan alhamdulillah, majlis berjaya dijalankan dengan sambutan dan sokongan yang berterusan daripada pihak ibu bapa amat kami hargai.

Majlis perasmian pada pagi ini telah disempurnakan oleh KPL 168442 Mohd Khairul Hazizy bin Mat Zainun selaku pegawai perhubungan di Pulau Tinggi.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung bagi menjayakan majlis pada hari ini. Segala sumbangan dan jasa baik tuan puan akan kami kenang sehingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih...



























































Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)

Perkhemahan Pengakap SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 15 November 2023 telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah, Anjuran Unit Ko Kurikulum SK Pulau Tinggi. Perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi dan akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 15 November dan tamat pada 17 November 2023. Seramai 11 orang murid yang telah mendaftar bagi menyertai perkhemahan pada kali ini, iaitu terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.  Alhamdulillah, perkhemahan pada kali ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu ibu yang sudi hadir membantu guru-guru dalam menyediakan makanan kepada para peserta perkhemahan. Persiapan tapak perkhemahan LDK 1 Ikatan dan simpulan LDK 2 Membina Gajet LDK 3 Masakan Rimba Sekalung Penghargaan buat ibu ibu yang hadir menyediakan makanan buat peserta perkhemahan Makan malam LDK 4 : Kraftangan Solat Maghrib