Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kita telah pun melangkah ke tahun 2020 pada hari ini, dan hari ini juga merupakan hari pertama sesi persekolahan. Hari pertama persekolahan telah dipantau oleh 2 orang anggota keselamatan Pulau Tinggi. Murid-murid begitu bersemangat dengan pakaian seragam sekolah yang serba baharu. Untuk makluman, pada tahun ini, hari pertama persekolahan, Tuan Guru Besar, En. Othman bin Taib tidak dapat hadir kerana masih bercuti selepas pembedahan pada bahagian kaki. Kami warga SKPT mendoakan agar Tuan Guru Besar kembali sihat dengan segera agar dapat bersama-sama melihat anak-anak murid khususnya murid-murid tahun 1.







Comments
Post a Comment