Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Syukur alhamdulillah, hari ini telah selesainya satu majlis besar dan penutup segala majlis bagi sesi 2019 iaitu Hari Anugerah Cemerlang (HAC). Majlis hari ini telah dirasmikan oleh En. Rahaman bin Ali, selaku YDP PIBG SK Pulau Tinggi. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung bagi menjayakan majlis HAC ini. Jamuan makan pada majlis HAC ini telah ditaja sepenuhnya oleh "Chalet Tok Mok"..
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada murid-murid SK Pulau Tinggi yang telah berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik mahupun dalam ko-akademik. Yang tidak berjaya, jangan mudah berputus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.
![]() |
| Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Besar |
![]() |
| Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG |
![]() |
| Persembahan Silat |
![]() |
| Persembahan Tarian |
Penyampaian Cenderahati Penghargaan kepada Guru-guru SKPT oleh YDP PIBG En. Rahaman bin Ali
Penyampaian Cenderahati kepada pekerja swasta SKPT
Cabutan Bertuah
Antara keputusan dalam HAC :
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN:
Bahasa Melayu : Nor Hayati Suhana binti Saballudin
Bahasa Inggeris : Amylia Amelda binti Mohd Azli
Bahasa Arab : Putri Ummairah binti Muhamad Noor
Matematik : Nur Syafawati Zahirah binti Abdullah
Sains : Putri Ummairah binti Muhamad Noor
Pend. Islam : Nur Khadijah binti Mohd Nasir
ANUGERAH KHAS SKPT
Akademik : Putri Ummairah binti Muhamad Noor
Hal Ehwal Murid : Nur Khadijah binti Mohd Nasir
Kokurikulum : Nor Hayati Suhana binti Saballudin
Nilam : Putri Ummairah binti Muhamad Noor
Kehadiran : Aidil Feteri bin Wahid
Anugerah Guru Besar : Nor Hayati Suhana binti Saballudin
Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan komuniti Pulau Tinggi yang telah memberi sumbangan juadah makanan pada majlis HAC hari ini,. Jasa baik tuan dan puan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya....





































































Comments
Post a Comment