Skip to main content

Program Sifar Murid Cicir & Program Sakinah Warga Industri 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 7 Ogos 2019 semalam, SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Tak'zim, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Antara tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menjayakan dua program besar iaitu "Program Sifar Murid Cicir" dan " Program Sakinah Warga Industri" 2019. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd helmi bin Dato' Haji Sha'ri @ Shanggari, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tak'zim.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya adalah, penyampaian sumbangan kepada murid-murid SK Pulau Tinggi. Selain itu, ceramah motivasi dan kunjungan mesra ke rumah ibu bapa murid-murid SK Pulau Tinggi. Dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan pengalaman kepada pihak atasan mengenai situasi sebenar yang berlaku di kawasan pedalaman khususnya di Pulau Tinggi. Semoga masalah keciciran murid dapat diatasi secara menyeluruh.

Akhir kata, kami warga SK Pulau Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih diatas kunjungan pihak tuan puan yang sudi hadir ke SK Pulau Tinggi walaupun cuaca agak mencabar pada kali ini. InsyaAllah jika diberikan umur yang panjang, akan kita berjumpa lagi..

Sekian, terima kasih...





Ketibaan para tetamu










Ucapan Tuan Haji Zanol bin Haji Awang, Ketua Unit Pertukaran Guru Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM




Ucapan Encik Abdul Rahim bin Lamin, Timbalan Pengarah Pendidikan, Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor



Ucapan Perasmian daripada Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato' Haji Sha'ri @ Shanggari, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tak'zim


Penyampaian Sumbangan Kepada Murid-murid daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tak'zim












Penyampaian Cenderahati kepada Guru-guru daripada pihak KPM









Pemberian Cenderahati

Cenderahati KPM kepada Sekolah

Cenderahati JPNJ kepada YPKDT

Cenderahati YPKDT kepada KPM

Cenderahati YPKDT kepada YDP PIBG (Encik Rahaman bin Ali)
Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Puan Noraisyah binti Maulan, Pegawai Psikologi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tak'zim




Lawatan ke Rumah Ibu Bapa Murid-murid SK Pulau Tinggi





Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...