Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Semalam 3 Julai 2019 telah berlangsungnya majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan dikantin SK Pulau Tinggi. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi. Tema bagi tahun ini ialah pasukan bola sepak, dimana guru-guru dan para tetamu boleh memakai jersi pasukan bola yang diminati bagi menceriakan majlis pada kali ini. Majlis juga telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En. Rahaman bin Ali. Pelbagai acara yang telah dirancang oleh guru-guru untuk memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Antaranya ialah:
1. Makan biskut tanpa menggunakan tangan.
2. Kunyah biskut mayat paling cepat.
3. Makan epal gantung.
4. Cabaran pasang lego.
5. Susun puzzle.
6. Dam ular gergasi
Tahun ini, guru-guru telah memilih acara indoor sebagai acara sukaneka. Pihak sekolah meminta ampun seandainya terdapat kekurangan sepanjang sambutan kali ini berlangsung. Terima kasih kepada pihak komuniti Pulau Tinggi, terutama ibu bapa yang sudi hadir dan melibatkan diri dalam acara yang disediakan dengan penuh kesungguhan. Semoga hubungan antara pihak sekolah dan komuniti Pulau Tinggi kekal erat sampai bila-bila....



















































Comments
Post a Comment