Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Semalam 3 Julai 2019 telah berlangsungnya majlis marhaban dengan gabungan daripada tiga pihak iaitu pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi, Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Komuniti Pulau Tinggi. Majlis bermula pada waktu maghrib. Selepas selesai menunaikan solat maghrib, bacaan selawat telah bermula di Sekolah Agama Pulau Tinggi, kemudian diteruskan lagi bacaan selawat di SK Pulau tinggi. Dan penutup bacaan selawat diadaakan di Masjid Pulau Tinggi setelah selesai menunaikan solat isyak.
Jamuan pada kali ini diadaakan secara "potluck" dimana semua warga Pulau Tinggi telah hadir ke majlis dengan membawa hidangan mereka sendiri. Acara seperti ini sangat menarik dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga Pulau Tinggi. Semoga kebahagian pada hari ini berkekalan sampai bila-bila, insyaAllah....

Comments
Post a Comment