Majlis Penutupan Rasmi Minggu Anti Dadah 2019, Penyampaian Hadiah Kehadiran Terbaik & Majlis Apresiasi SK Pulau Tinggi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini telah berlangsungnya majlis penutupan " Minggu Anti Dadah" bagi tahun 2019. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan 1 SK Pulau Tinggi. Majlis pada hari ini telah diadakan di Dewan SK Pulau Tinggi.
Hadiah telah disampaikan oleh guru-guru SK Pulau Tinggi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
Di akhir acara majlis penutupan. Adil Feteri bin Wahid telah mengetuai laungan "Kami Anti Dadah" sebanyak 3 kali.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kehadiran terbaik.
Majlis diteruskan lagi dengan sambutan hari lahir guru-guru dan murid-murid bagi bulan Januari hingga bulan Jun 2019.
Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah berjaya menjalankan majlis pada hari ini dengan lancar. terutama kepada penyelaras program iaitu Encik Muhammad Khairulzakirin dan Encik Muhamad Aizat bin Lukman kerana telah bertungkus-lumus membuat persediaan dari segi acara, hadiah hinggalah ke jamuan. Tahniah diucapkan.











































Comments
Post a Comment