Pada 19 Mei hari ahad yang lalu, SK Pulau Tinggi telah berlangsungnya "Hari Pelaporan dan Majlis Berbuka Puasa" yang telah diadakan di kantin SK Pulau Tinggi. Majlis telah bermula pada jam 6.30 petang. Para ibu bapa telah hadir bagi bersama-sama mendapatkan rekod prestasi bagi ujian pertengahan tahun dan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Tahniah diucapkan kepada murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang bagi pelaporan pada kali ini.
Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...








Comments
Post a Comment