Berkhidmat di pedalaman bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai ujian yang perlu guru-guru tempuhi demi mendidik anak bangsa khususnya anak murid di SK Pulau Tinggi. Antara ujian yang akan dilalui oleh guru-guru mahupun warga Pulau Tinggi sendiri adalah masalah air, elektrik dan pengangkutan. Antara ujian yang paling ditakuti oleh guru-guru ialah masalah ketiadaan air. Dan pada minggu ini tangki air di rumah guru semakin berkurangan dan semakin habis. Hal ini kerana tekanan air yang lemah membuatkan air tidak masuk ke dalam tangki.
Untuk makluman, masyarakat Pulau Tinggi hanya mengharapkan air bukit sahaja. Termasuk juga kami guru-guru SK Pulau Tinggi. Namun begitu, walau ditimpa ujian seperti ini tidak sedikit pun membuatkan kami serik dan goyah untuk terus hidup dan berkhidmat sebagai pendidik di Pulau Tinggi ini. Pada kesempatan ini, guru-guru dapat membersihkan tangki air daripada segala kotoran tanah dan lumut yang ada pada tangki.
Akhir kata, kepada para pembaca, kami memohon anda membantu kami dengan doa agar kemarau ini tidak berpanjangan dan hujan turun dengan lebatnya insyaAllah.











Comments
Post a Comment