Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah, selesai sudah majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2019. Majlis telah berlangsung di kantin Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi bermula pada jam 8.30 pagi. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh En. Mohd. Rafee bin Sawal selaku anggota keselamatan Polis Marin Komuniti Pulau Tinggi.
Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak mereka. Tanpa kehadiran dan sokongan pihak ibu bapa ke majlis hari ini, maka tidak akan sempurnalah majlis yang telah dirancang. Terima kasih sekali lagi, dan tidak lupa ucapan tahniah kepada murid-murid yang terpilih menjadi pengawas bagi sesi 2019. Semoga dengan lantikan ini sedikit sebanyak dapat memberi dorongan kepada murid untuk menjadi seorang murid contoh kepada murid-murid yang lain.
Akhir kata, segala kekurangan daripada pihak sekolah, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, dan segala yang buruk itu daripada diri kami sendiri....
sekian, terima kasih...





































Comments
Post a Comment