Skip to main content

Mesyuarat Persediaan Awal Persekolahan bagi tahun 2019 & Perjalanan masuk ke Pulau Tinggi

Alhamdulillah, tahun 2018 semakin melabuhkan tirainya. Semoga semua cita-cita dan azam pada tahun 2018 tercapai hendaknya. Bagi melakukan persediaan untuk menghadapi hari pertama persekolahan, semua guru-guru telah hadir ke mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar sendiri iaitu En. Othman bin Taib. Mesyuarat awal persekolahan telah diadakan pada 26 disember 2018, bertempat di bilik wawasan PPD lama. Segala perancangan yang telah diatur adalah bertujuan untuk memastikan kelancaran perjalanan sesi awal persekolah tanpa sebarang masalah hendaknya.






Pada 27 disember, semua guru-guru telah selamat tiba di Pulau Tinggi. Kami bertolak dari Jeti Tanjung Leman pada pukul 11.00 pagi dan tiba di Jeti Pulau Tinggi pada pukul 12.45 tengahari. Kami menaiki bot yang dipandu oleh YDP PIBG SK Pulau Tinggi iaitu En Rahaman bin Ali. Alhamdulillah cuaca yang elok dan lautan yang tenang sedikit sebanyak menghilangkan kerisauan didalam hati guru-guru semasa berada di dalam bot.






Semoga tahun baru 2019 ini dapat memberikan semangat yang baru kepada guru-guru untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Pedulikan segala tomahan orang luar yang tidak mengenal erti perjuangan guru-guru dalam mendidik anak-anak khususnya di kawasan pedalaman. Terima Kasih.....


Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...