Skip to main content

Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah 2018

Alhamdulillah, selesai sudah majlis penutupan Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi tahun 2018. Perkhemahan telah bermula pada 7 November dan berakhir pada 9 November 2018 iaitu selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh seramai 7 orang murid iaitu:

1. Nur Mieya Soffia bt Abdullah (Tahun 1)
2. Amylia Amelda bt Mohd Azli ( Tahun 2)
3. Muhammad Ariff Ikhwan b Alesam (Tahun 2)
4. Nurul Alya Farezha bt Mohamad Nashrul Fazli ( Tahun 2)
5. Aidil Feteri b Wahid ( Tahun 4)
6. Nur Khadijah bt Mohd Nasir ( Tahun 4)
7. Nor Hayati Suhana bt Saballudin ( Tahun 5)

Tahniah kepada semua peserta perkhemahan kerana berjaya bertahan sehingga ke akhir program. Segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru sepanjang 3 hari 2 malam ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan didalam kehidupan seharian.

Antara tujuan perkhemahan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan disiplin murid supaya menjadi seorang yang mematuhi peraturan dalam apa jua keadaan yang akan mereka lalui nanti. Selain itu, untuk meningkatkan jati diri murid dan mementingkan sikap bekerjasama dalam kumpulan. Akhir sekali adalah untuk mendidik murid menjadi insan yang cemerlang sama ada dalam dunia pendidikan mahupun apa jua perkara yang diceburi oleh murid-murid pada masa yang akan datang.

Semoga program ini dapat membantu murid dan mendorong murid untuk menuju ke arah yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang dari segi kerjaya dan sebagainya. Akhir kalam, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Perdana TKRS bagi tahun 2018. Terutama kepada semua guru-guru SKPT yang bertungkus-lumus bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan. Terima kasih :)

 HARI PERTAMA (7 NOVEMBER 2018)
Persiapan Tapak Perkhemahan


















Taklimat Perkhemahan


Aktiviti Ikatan dan Simpulan





Aktiviti membina gajet







Makan Tengahari











Solat Zohor



Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)






Minum petang

Makan Malam



Aktiviti Muhasabah diri




HARI KEDUA (8 NOVEMBER 2018)
Sarapan pagi



Senaman Pagi






Jungle Tracking











Aktiviti Pertolongan Cemas
















Aktiviti masakan




















BBQ



Pembentangan Kumpulan




Persembahan Nyanyian







Aktiviti burung hantu









HARI KETIGA (9 NOVEMBER 2018)
Latihan kawad kaki



Majlis penutupan Perkhemahan



Sesi Apresiasi murid



Tayangan Multimedia

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid