Skip to main content

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulau Tinggi 2018

Alhamdulillah, semalam 31 Oktober 2018 telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan anjuran Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi. Pelbagai ujian dan dugaan yang dilalui sepanjang tempoh perancangan KOT ini. Namun begitu, warga SKPT tetap terus bersemangat bagi bersama-sama menjayakan kejohanan yang telah dirancang dengan sempurna. Walaupun cuaca pada hari kejohanan tidak begitu mengizinkan dengan hujan renyai-renyai membasahi padang sekolah pada awal pagi sedikit sebanyak telah menimbulkan kegusaran dalam diri penganjur. Dengan sokongan yang ditunjukkan oleh warga komuniti Pulau Tinggi. Majlis tetap diteruskan walaupun hari hujan.

Majlis bermula pada jam 10.30 dan perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SKPT 2018 telah disempurnakan oleh Pn. Rossana binti Hussin selaku Ketua Kampung Pulau Tinggi. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan KOT. Jasa baik pihak Tuan/Puan hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Terima kasih kepada semua warga komuniti yang sudi hadir memeriahkan lagi acara kejohanan pada kali. Segala kekurangan daripada pihak sekolah mohon diampunkan. InsyaAllah akan diperbaiki pada tahun hadapan. Tahniah juga kepada semua murid-murid SKPT yang telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan penuh komitmen. Tahniah sekali lagi dan terima kasih semua...

Bacaan doa oleh En Zammari Iman Masjid Pulau Tinggi
Ucapan Alu-aluan pihak sekolah


Ucapan perasmian oleh Pn. Rossana bt Hussin Ketua Kampung Pulau Tinggi


Cenderahati daripada pihak sekolah kepada Ketua Kampung Pulau Tinggi














Olahragawati SKPT 2018 - Nor Hayati Suhana bt Saballudin

Olahragawan SKPT 2018- Aidil Feteri b Wahid






























Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...