Assalamualaikum dan salam sejahtera... InsyaAllah pada 14 November 2018 hari rabu. SK Pulau Tinggi akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan Perkhidmatan bertempat di dewan SK Pulau Tinggi. Dengan rasa rendah hati, kami ingin menjemput kepada semua warga Pulau Tinggi untuk sama-sama hadir bagi meraikan kecemerlangan anak-anak Pulau Tinggi khususnya murid-murid SK Pulau Tinggi. Jumpa nanti hari rabu ini ya.. Terima kasih :D
Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya. Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...
Comments
Post a Comment