Blog rasmi Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi, Mersing, Johor.
Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tahap 2.
Terletak di Taman Laut Iskandar Mersing, Johor

Sunday, 12 March 2017

Diari Guru SKPT: Mengecat Mural di Masjid Pulau Tinggi

Ketua kampung Pulau Tinggi, Encik Rahaman sebelum ini meminta pertolongan daripada para guru untuk mengemaskini mural yang terdapat di tembok pagar masjid. Justeru, di kelapangan ini, para guru yang tidak keluar ke darat mengambil kesempatan untuk menyiapkan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan ini.

Encik Shahir (kanan) dan Encik Hamzi (kiri) sedang melakar mural dengan bantuan LCD

Encik Hamzi (kanan) dan Encik Aizat (kiri) sedang tekun mengecat lakaran mural

Encik Aizat sedang melakukan kerja kemasan terhadap mural yang dihasilkan

Hasil mural yang telah siap. Encik Hamzi sedang mengemas peralatan.



No comments:

Post a Comment