Skip to main content

Diari Guru SKPT : Selamat Hari Lahir Cikgu Megat!

Alhamdulillah, hari ini (08 Februari 2017), Cikgu Megat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28. Pihak sekolah mengucapkan selamat panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t .
Selamat hari lahir Cikgu Megat

Guru-guru hebat SKPT bersama anak-anak didik tahap II meraikan hari lahir Cikgu Megat seusai aktiviti TKRS hari ini.

Majlis sambutan yang ringkas di rumah guru. Tuan guru besar menyerahkan kek hari lahir kepada Cikgu Megat


Cikgu Megat menyempurnakan upacara memotong kek


Terima kasih juga kepada Cikgu Aizat dan Cikgu Hamzi selaku guru bertugas yang telah menyediakan kek dan juadah untuk meraikan hari lahir Cikgu Megat

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)

Perkhemahan Pengakap SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 15 November 2023 telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah, Anjuran Unit Ko Kurikulum SK Pulau Tinggi. Perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi dan akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 15 November dan tamat pada 17 November 2023. Seramai 11 orang murid yang telah mendaftar bagi menyertai perkhemahan pada kali ini, iaitu terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.  Alhamdulillah, perkhemahan pada kali ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu ibu yang sudi hadir membantu guru-guru dalam menyediakan makanan kepada para peserta perkhemahan. Persiapan tapak perkhemahan LDK 1 Ikatan dan simpulan LDK 2 Membina Gajet LDK 3 Masakan Rimba Sekalung Penghargaan buat ibu ibu yang hadir menyediakan makanan buat peserta perkhemahan Makan malam LDK 4 : Kraftangan Solat Maghrib