Skip to main content

Masa Untuk Kembali Berbakti di Pulau

Alhamdulillah, setelah 4 hari bertugas di sekolah penempatan sementara, akhirnya guru-guru sekolah-sekolah pulau sekitar daerah Mersing menerima perkhabaran baik daripada pihak PPD (setelah menerima isyarat daripada pihak Jabatan Laut) yang membenarkan guru-guru untuk pulang ke tempat bertugas masing-masing. Semua guru berasa amat bersyukur dan teruja untuk memulakan sesi persekolahan yang baru.

       Pada 5 Januari 2017 (Khamis) yang lalu, akhirnya guru-guru di ketiga-tiga buah pulau (Pulau Sibu, Pulau Tinggi, dan Pulau Pemanggil) pulang ke lokasi penempatan dengan bantuan bot Jabatan Laut. Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung, mahupun secara tidak langsung, khususnya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dan Jabatan Laut yang banyak memberikan kerjasama dalam membantu guru-guru untuk kembali bertugas. Terima kasih kepada semua pihak yang cakna akan situasi yang saban tahun menjadi igauan buat guru-guru di pulau.




Kerja-kerja pemunggahan barang di PPD lama, Mersing



Guru-guru menyambut ketibaan Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Johor di perkarangan jeti





Kerja-kerja pemunggahan barang bermula








Sebelum bergerak menuju ke bot Jabatan Laut
Guru-guru SK Pulau Tinggi bergambar kenangan bersama Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Shaharudin Sharif dan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, Encik Mat Jais Samat sebelum menaiki bot untuk pulang ke Pulau Tinggi

Kerja-kerja memunggah barang dari Jeti Mersing ke bot kecil


Bergambar dahulu sebelum pulang



Berada di bot Jabatan Laut untuk bergerak ke pulau



Bot berlabuh seketika di Pulau Sibu untuk menurunkan guru-guru SK Pulau Sibu






Kerja-kerja pemunggahan barang dari bot Jabatan Laut ke bot kecil untuk ke jeti Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi.


Kapten kapal kita, Encik Rahaman Ali selaku YDP PIBG yang sudi menjemput guru-guru SK Pulau Tinggi menggunakan bot beliau. Terima kasih diucapkan.



Bot Jabatan Laut meneruskan perjalanan yang seterusnya ke Pulau Pemanggil
Alhamdulillah, selamat sampai.
Seterusnya, kerja-kerja pemunggahan barang dari jeti Pulau Tinggi ke sekolah dan rumah guru.



Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...