Skip to main content

Guru Melapor Diri Di Sekolah Tumpang

Berikutan penangguhan sesi persekolahan bagi tahun 2017 di keempat-empat buah sekolah di pulau sekitar daerah Mersing akibat fenomena angin monsun (musim tengkujuh) yang akan menjejaskan keselamatan guru-guru untuk pulang ke pulau, kesemua guru ini akan ditumpangkan sementara waktu di sekolah-sekolah sekitar bandar Mersing untuk menjalankan tugas seperti biasa.

      Justeru, guru-guru SK Pulau Tinggi telah ditempatkan di 2 buah sekolah, di mana 3 orang guru (Encik Hamzi, Encik Shahir dan Encik Fazuli) ditempatkan di SK Bandar Mersing, dan 4 orang guru (Encik Aizat, Encik Megat, Encik Raqib dan Encik Zakirin) ditempatkan di SK Tenglu. Manakala guru besar pula dikehendaki untuk hadir ke PPD untuk melaksanakan tugasan di bahagian pengurusan sekolah.

Sedikit catatan aktiviti-aktiviti guru-guru SK Pulau Tinggi yang ditempatkan di SK Tenglu:-

Hari Pertama Persekolahan (01 Januari 2017)

- Guru-guru menghadiri perhimpunan rasmi, kemudiannya mendaftarkan diri kepada Guru Besar SK Tenglu, Puan Zabidah Abdullah di pejabat.

- Guru besar dimaklumkan bahawa pihak sekolah boleh menggunakan khidmat guru-guru yang ditempatkan sementara waktu ini untuk melancarkan perjalanan aktiviti sekolah. Berikutan SK Tenglu mempunyai kapasiti guru yang mencukupi untuk melaksanakan sesi PdP, Puan Guru Besar memohon bantuan guru-guru SK Pulau Tinggi untuk turut serta bergotong-royong dalam projek keceriaan bilik khas.
Guru-guru menghadiri perhimpunan rasmi




Hari Kedua (02 Januari 2017)

- Guru-guru SK Pulau Tinggi diberikan tugasan untuk menceriakan bengkel RBT (Reka Bentuk & Teknologi).

- Puan Guru Besar SK Tenglu mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga yang diberikan oleh guru-guru SK Pulau Tinggi.








Hari Ketiga (03 Januari 2017)
 - Berikutan tiada arahan / isyarat daripada Jabatan Taman Laut yang membenarkan guru-guru untuk pulang ke pulau, maka guru-guru menyambung sesi persekolahan di sekolah tumpangan seperti biasa.

- Puan Guru Besar memaklumkan agar guru-guru menyiapkan tugasan-tugasan/ urusan-urusan yang akan dilaksanakan di sekolah sebaik sahaja pulang ke pulau nanti.

- Pada jam 11:00 pagi, guru-guru yang ditempatkan sementara waktu ini menerima arahan daripada Tuan Guru Besar untuk berada di PPD Mersing, untuk menghadiri sesi taklimat / perjumpaan bersama Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, bagi membincangkan tentang permasalahan yang dialami oleh guru-guru pulau dan penjelasan tentang pergerakan pulang ke pulau.

Guru-guru mempersiapkan tugasan yang akan dilaksanakan di sekolah.



Hari Keempat (04 Januari 2017)
- Tuan Guru Besar menerima pesanan daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah bahawa pergerakan masuk guru-guru ke pulau adalah pada 05 Januari 2017 menggunakan kapal Jabatan Laut Malaysia. Justeru, guru-guru dikehendaki melaporkan diri ke sekolah tumpangan sementara seperti biasa.

- Pergerakan guru-guru ke sekolah tumpangan agak lewat sedikit kerana menerima arahan daripada Tuan Guru Besar untuk berada di PKG Mersing untuk sementara waktu untuk memaklumkan tentang beberapa perkara berkaitan pergerakan masuk guru-guru ke pulau.

- Tuan Guru Besar mengiringi guru-guru ke SK Tenglu untuk memaklumkan sebab-sebab kelewatan guru-guru melaporkan diri ke sekolah tumpangan kepada Puan Guru Besar.

Tuan Guru Besar (Encik N Aniham) singgah minum pagi sebentar di SK Tenglu, dan beramah mesra dengan kenalan-kenalan lama semasa bertugas di sekolah darat.



Guru-guru SK Pulau Tinggi turut serta memeriahkan program motivasi di SK Tenglu




Guru-guru yang ditempatkan di SK Bandar Mersing:-










Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Tenglu dan SK Bandar Mersing yang sudi menerima kehadiran guru-guru SK Pulau Tinggi

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...