Blog rasmi Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi, Mersing, Johor.
Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tahap 2.
Terletak di Taman Laut Iskandar Mersing, Johor

Saturday, 31 December 2016

Selamat Datang 2017 ... Oppss!! 😂😂

Sedar tidak sedar, tahun 2016 mula melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang berlaku di SK Pulau Tinggi sepanjang tahun ini. Selamat datang tahun 2017. Tidak sabar rasanya guru-guru dan anak-anak didik sekalian untuk menjalani sesi persekolahan, setelah bercuti panjang lebih kurang 4 minggu.

Sumber

          Adapun begitu, dalam keterujaan warga sekolah untuk melaksanakan sesi persekolahan bagi tahun 2017, kami menerima perkhabaran daripada pihak Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) bahawa keadaan laut yang masih bergelora akan membahayakan keselamatan sekiranya kami bergerak pulang ke Pulau Tinggi pada tarikh 31 Disember 2016. Maka, terkandaslah kami khususnya warga pendidik di SK Pulau Tinggi di tanah besar Mersing. Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataannya menerusi laman facebook menyatakan tentang penangguhan sesi persekolahan bagi sekolah-sekolah di pulau sekitar daerah Mersing.




No comments:

Post a Comment