Skip to main content

Majlis Anugerah Cemerlang, Graduasi Tahun 6 dan Penghargaan Perkhidmatan Sesi 2016


TARIKH : 22 NOVEMBER 2016

LOKASI : SK PULAU TINGGI

MASA : 08.30 am - 11.00 am

TENTATIF PROGRAM

KETIBAAN & PENDAFTARAN TETAMU

BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Ust Ahmad Shahir
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR


Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Pulau Tinggi, Encik N Aniham Bin Abdul Majid



UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG


Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SK Pulau Tinggi, Encik Rahaman Bin Ali

ACARA SELINGAN : CABUTAN BERTUAH


Acara cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SK Pulau Tinggi, Encik Mohd Meruzuki Bin Alias


PERSEMBAHAN MURID


Acara dihangatkan dengan persembahan yang bertenaga daripada anak-anak didik SK Pulau Tinggi

PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGHARGAAN PERKHIDMATAN


Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada (dari kiri) Encik N Aniham [Guru Besar], Encik Mohd Khairul Nizam [GPK Pentadbiran], Encik Aizat [GPK HEM]

Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada (dari kiri) Encik Hamzi [GPK Kokurikulum], Ustaz Shahir, Ustaz Fazuli

Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada (dari kiri) Encik Megat, Encik Zakirin dan Encik Raqib

Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada (dari kiri) wakil Allahyarham Encik Ibrahim Bin Mohd Noor, Encik Bakhil dan Encik Zammari

Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada (dari kiri) Encik Sata, Puan Zuriah dan Puan Wani

Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada (dari kiri) Saudari Hasmidah (Ketua Pengawas) dan Saudari Maizatul (Pustakawan)


PERSEMBAHAN MULTIMEDIA : MEMORI SK PULAU TINGGI 2016

PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khairul Nizam [GPK Pentadbiran]


Tahun 2:-
1. Sumaiyah Bt Ibrahim
2. Nur Khadijah Bt Mohd Nasir
3. Aidil Feteri Bin Wahid

Tahun 3:-
1. Allahyarham Puteri Nurliyana Bt Norazwan (Tiada dalam gambar)
2. Maizatul Fatnum Aima Bt Mohd Meruzuki
3. Norhayati Suhana Bt Saballudin
4. Ismail Bin Ibrahim

Tahun 5:-
1. Hasmidah Bt Sata
2. Muhammad Adha Bin Wahid

Tahun 6: Mohamad Amirul Bin Sata


ACARA SELINGAN : CABUTAN BERTUAH


Acara cabutan bertuah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Azan Bin Hj Daud, Guru Besar Sekolah Agama Pulau Tinggi

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan (Terbaik Mata Pelajaran) disempurnakan oleh Guru Besar

Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Melayu : Norhayati Suhana Bt Saballudin (Tahun 3)


Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Inggeris : Nur Khadijah Bt Mohd Nasir (Tahun 2)


Terbaik Mata Pelajaran Sains : Ismail Bin Ibrahim (Tahun 3)


Terbaik Mata Pelajaran Matematik : Nur Khadijah Bt Mohd Nasir (Tahun 2)


Terbaik Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Allahyarham Puteri Nurliyana Bt Norazwan (Tahun 3)
Wakil Allahyarham Puteri Nurliyana menerima anugerah daripada guru besar.


Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Arab : Maizatul Fatnum Aima Bt Mohd Meruzuki (Tahun 3)


MAJLIS GRADUASI TAHUN 6


Guru Besar menyarungkan jubah kepada Yang DiPertua sebagai simbolik Majlis Graduasi Tahun 6

Encik Rahaman menyempurnakan Majlis Graduasi Tahun 6

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

Penyampaian Anugerah Khas ini disempurnakan oleh tuan Guru Besar, Encik N Aniham Bin Abdul Majid. Pemilihan calon anugerah khas ini telah dinilai melalui peningkatan prestasi sepanjang tahun setiap calon terhadap kategori anugerah yang dipertandingkan.

Anugerah Khas : Kehadiran Terbaik 2016
Penerima anugerah ini telah menunjukkan rekod kehadiran yang terbaik sepanjang sesi persekolahan bagi tahun 2016. Demikian, beliau layak menerima anugerah yang dipertandingkan.
Kehadiran Terbaik 2016 : Hasmidah Bt Sata (Tahun 5)

Anugerah Khas : Bintang Nilam 2016
Penerima anugerah ini mencatatkan rekod bacaan sebanyak 430 buah buku bagi tahun 2016. Demikian, beliau layak menerima anugerah yang dipertandingkan.
Tokoh Nilam 2016 : Hasmidah Bt Sata (Tahun 5)

Anugerah Khas : Bintang Sukan 2016
Penerima anugerah ini telah memberikan komitmen yang tinggi dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang sukan, apabila dinobatkan sebagai Olahragawan SK Pulau Tinggi 2016 pada Kejohanan Olahraga Tahunan yang lalu. Oleh itu, beliau layak menerima anugerah yang dipertandingkan.
Bintang Sukan 2016 : Muhammad Adha Bin Wahid (Tahun 5)

Anugerah Khas : Bintang Akademik 2016
Penerima anugerah ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tahun 2016. Pada peperiksaan akhir tahun yang lepas, beliau memperoleh keputusan (subjek UPSR) 4A 1B. Secara tidak langsung, beliau layak menerima anugerah yang dipertandingkan.
Bintang Akademik 2016 : Maizatul Fatnum Aima Bt Mohd Meruzuki (Tahun 3)

Anugerah Khas : Bintang Harapan 2016
Penerima anugerah ini banyak memberikan komitmen yang baik dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau juga telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam kedua-dua bidang. Selain memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang sepanjang sesi persekolahan bagi tahun 2016, beliau juga pernah mewakili sekolah menerusi pertandingan catur yang diadakan di peringkat daerah. Kemuncak kegemilangan beliau adalah apabila dinobatkan sebagai Olahragawati SK Pulau Tinggi 2016 pada Kejohanan Olahraga Tahunan yang lepas. Di samping itu, beliau juga telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan menerusi jawatan Ketua Pengawas yang disandangnya. Demikian, beliau layak menerima anugerah yang dipertandingkan.
Bintang Harapan 2016 : Hasmidah Bt Sata (Tahun 5)

ACARA SELINGAN : CABUTAN BERTUAH

Acara cabutan bertuah disempurnakan oleh Encik Omar
PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Penyampaian cenderamata kepada Encik Rahaman Bin Ali, Yang DiPertua PIBG, SK Pulau Tinggi

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Mohd Azan Bin Hj Daud, Guru Besar Sekolah Agama Pulau Tinggi

JAMUAN MAKAN

Antara hidangan yang disediakan. Kuih-muih disumbangkan oleh komuniti Kg Tanjung Balang, Pulau Tinggi

Para tetamu menikmati jamuan yang disediakan

Akhir kata, pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa bersama-sama meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan, Graduasi Tahun 6 dan Penghargaan Perkhidmatan yang diadakan. Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan di atas kesilapan dan kekurangan. Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)

Perkhemahan Pengakap SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 15 November 2023 telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah, Anjuran Unit Ko Kurikulum SK Pulau Tinggi. Perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi dan akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 15 November dan tamat pada 17 November 2023. Seramai 11 orang murid yang telah mendaftar bagi menyertai perkhemahan pada kali ini, iaitu terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.  Alhamdulillah, perkhemahan pada kali ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu ibu yang sudi hadir membantu guru-guru dalam menyediakan makanan kepada para peserta perkhemahan. Persiapan tapak perkhemahan LDK 1 Ikatan dan simpulan LDK 2 Membina Gajet LDK 3 Masakan Rimba Sekalung Penghargaan buat ibu ibu yang hadir menyediakan makanan buat peserta perkhemahan Makan malam LDK 4 : Kraftangan Solat Maghrib