Pada 16 Mei 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.
Gimik pelancaran Majlis Sambutan Hari Guru, puzzle poster guru-guru SK Pulau Tinggi
Banner yang ringkas sahaja, hasil daripada kreativiti para guru
Pendaftaran para tetamu.
Pengurus teknikal, Encik Hamzi dan pengacara majlis, Encik Raqib
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor, Mersing Hebat dan SK Pulau Tinggi
Bacaan doa oleh Ustaz Shahir
Ucapan alu-aluan oleh wakil murid, saudari Hasmidah
Ucapan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh Tuan Guru Besar, Encik N. Aniham
Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Rahaman Ali
Bacaan ikrar oleh guru-guru SK Pulau Tinggi yang diketuai Encik Mad Faizai
Persembahan nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia" oleh para guru
Persembahan murid-murid
Penyampaian cenderamata Hari Guru kepada guru-guru oleh Encik Rahaman
Penyampaian cenderamata kepada staf-staf sokongan oleh Encik Khairul (GPK Pentadbiran)
Penyampaian hadiah kepada murid-murid oleh Tuan Guru Besar
Penyampaian cenderahati kepada YDP PIBG oleh Tuan Guru Besar
Upacara memotong kek
Para tetamu dan guru-guru menikmati jamuan yang disediakan
Acara sukaneka : Boling padang
Acara sukaneka : Susun tin
Acara sukaneka : Belon kasih-sayang
Acara sampingan (Khas untuk kanak-kanak sahaja) : Rebut gula-gula
Acara sukaneka : Mencari harta karun
Acara sampingan : Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Encik Zammari, Imam Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi
Hadiah buat pemenang, disampaikan oleh Tuan Guru Besar
Alhamdulillah, pihak sekolah memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana dengan izin-Nya, majlis sambutan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak sekolah juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada komuniti Kampung Tanjung Balang yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis sambutan ini. Tidak lupa juga kepada Encik Megat, juru gambar yang sudi merakamkan detik-detik bersejarah ini.
Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...
Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...
Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...
Comments
Post a Comment